MADRASAH DARUL ULOOM AL MUSTAFA

"Kami turut terkesan.. Infaq surau madrasah menurun disebabkan kes penipuan wang sumbangan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.."

Kami faham, masyarakat mula berhati-hati untuk menyumbang. Madrasah kami juga turut terkesan disebabkan banyak kes penipuan wang sumbangan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Namun apakan daya, keberhasilan projek surau di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa ini bergantung 100% kepada wang sumbangan orang awam.

Madrasah kami tidak mengenakan sebarang kutipan yuran pengajian walau satu sen pun, jadi setiap sumbangan anda amat besar nilainya untuk kami di sini.

Dalam laman ini, kami berusaha sedaya mungkin menyediakan info-info berkaitan projek surau madrasah ini, bagi membuktikan usaha kami ini.

surau nur al mustafa

Sasaran Kutipan

darululoom-madrasah

RM1.5 Juta

DANA DIPERLUKAN

“Barangsiapa yang memberi sedekah seberat satu biji kurma dari hasil usaha yang baik – dan Allah tidak menerima kecuali yang baik – maka Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, kemudian Allah mengembangkannya untuk pemiliknya sebagaimana salah seorang di antara kalian mengembangkan anak kudanya, sehingga menjadi sebesar gunung.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

surau nur al mustafa

Bersama membangun surau; Sumbangan Kecil, Manfaat Besar

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(QS. Al-Baqarah [2]: 261)

Banyak surau di merata-rata tempat, namun surau yang dibina di Madrasah ini bukan semata-mata tempat untuk solat tapi kami juga ingin..

Setiap sumbangan anda, pahalanya akan terus mengalir selagi mana surau ini dimanfaatkan oleh anak-anak di Madrasah Darul Uloom Al-Mustafa dan masyarakat sekitar.

Hubungi Mudir, ziarahlah kami di sini, lihat sendiri keperluan kami di sini, Anda akan tahu betapa setiap sen dari Infaq yang Anda berikan, memberi makna yang cukup besar kepada kami di sini. Moga Infaq Anda akan beri kegembiraan, bukan sahaja pada kami, namun, untuk kebahagiaan serta kejayaan Dunia & Akhirat seluruh keluarga Anda.”

proses pembinaan

Pembinaan Surau Al Mustafa 2 Tingkat

Pembinaan sudah bermula pada Mei 2021 dan dihentikan berikutan Pandemik COVID-19. InshaAllah Pertubuhan Nur Al Mustafa berhasrat meneruskan semula projek pembangunan ini yang telah lama tertangguh. Mohon doa dan bantuan sahabat semua agar projek ini dapat dilaksana.

darululoom-madrasah-pelan-tingkat-bawah
Fasa 1

Tapak bangunan sudah dimulakan sejak Mei 2021 sebanyak anggaran 30%. Pembangunan akan disambung dari semasa ke semasa sepanjang tahun 2024 ini.

darululoom-madrasah-pelan-tingkat-1
Fasa 2

Fasa ini masih belum bermula dan dianggarkan akan dimulakan pembangunan setelah bahagian asas tapak bangunan selesai sepenuhnya.

Fasa 3

Fasa ini masih belum bermula dan dianggarkan akan dimulakan pembangunan setelah bahagian tingkat pertama bangunan selesai sepenuhnya.

Fasa 4

Fasa terakhir akan dimulakan setelah semua pembangunan surau selesai. 

surau nur al mustafa

Kepentingan Infaq Pembinaan Surau

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuat baiklah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

(QS. Al-Baqarah [2]: 195)

Madrasah Darul Uloom ini diusahakan oleh Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia. Ia secara rasmi telah didaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Ini bukti sijil pendaftaran kami.

Kepentingan 1
Fasiliti Ibadah
Kepentingan 2
Pusat Kegiatan Sosial dan Pendidikan
Kepentingan 3
Keberlangsungan Amal Jariah
Infaq Surau
masjiddarululoom-infaqsurau

Dari Kita,
Untuk Surau

Semua info yang ada di sini mungkin tak cukup untuk meyakinkan anda untuk beri sumbangan Infaq di sini. Namun, apalah daya kami kerana realitinya, Madrasah kami 100% tidak mengenakan sebarang Yuran Pengajian & Infaq kepada pelajar. 

Jadi projek ini memerlukan wang sumbangan anda bagi tujuan pembinaannya. Setiap sumbangan anda memberi makna yang cukup besar untuk kami di sini.

Anda boleh niatkan sumbangan ini untuk diri sendiri, ibu ayah atau ahli keluarga yang telah meninggalkan dunia.

Semoga pahalanya akan terus mengalir, dan Allah terima setiap nilai sumbangan anda. In shaa Allah.

 

Untuk lawati dan ziarah kami, boleh terus berhubung dengan mudir kami di sini.

Sumbangan Anda MEMBANTU Pembinaan Surau KAMI

"Sedekah itu akan memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api."

(HR. Tirmidzi)
Latar Belakang Madrasah
Infaq Jumaat

Hati Tenang, Rezeki Lancar

Nak tahu rahsia dikurniakan rezeki tidak disangka-sangka ? Mulakan dengan berkongsi rezeki di setiap hari Jumaat- peluang untuk kita menambah pahala. 

Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pelajar madrasah yang terdiri daripada anak yatim piatu dan pelajar miskin.

Infaq Subuh
darululoom-infaqsubuh

Mulai Hari dengan Sedekah

Setiap pagi adalah peluang baru untuk dapat pahala. Dengan bersedekah di awal hari, kita buka pintu rezeki dan keberkatan.

 

Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pelajar madrasah yang terdiri daripada anak yatim piatu dan pelajar miskin.