FIRMAN ALLAH s.w.t:
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Surah Ali ‘Imran – 92)
InsyaAllah ianya dapat diselesaikan dengan amalan BERSEDEKAH & BERINFAQ sepertimana firman Allah s.w.t
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”.
( Surah Al-Baqarah – 261 )
Surau Nur Al Mustafa (BANIN) bagi anak-anak tahfiz ini masih dalam pembinaan. Ruangan solat sedia ada amat sempit dengan pelbagai kekurangan yang perlu dibaik pulih. Dengan terbinanya surau baharu ini, insyaAllah ianya mampu menyediakan suasana yang lebih kondusif dan selesa kepada pelajar dan jemaah bagi mengikuti kelas-kelas pengajian, aktiviti-aktiviti agama dan kerohanian serta menjadi pusat sebaran ilmu agama dan dakwah sekitar Kubu Gajah ini.
Peruntukan bagi melaksanakan pembinaan tersebut adalah berjumlah RM167,100.00 untuk fasa pertama yang telah bermula pada Mei 2021.
Sila Tonton Video Dibawah
✔ Besi Y12 BS = 15 tan x rm3200 / 1 tan = RM48000
✔ Besi Y16 BS = 15 tan x rm3200 / 1 tan = RM48000
✔ Besi R 8 = 3 tan x rm2500 / 1 tan = RM7500
✔ Batu 3/4 = rm1100 / 1 Lory (10 tayar) x 5 lori = RM5500
✔ Pasir kasar = RM1100 / 1 lori x 10 lori (10 tayar) = RM11000
✔ Pasir halus = RM1100 / 1 lori x 10 lori (10 tayar) = RM11000
✔ Simen – 400 beg X RM17 = RM6800
✔ Mesin konkrit – 1 = RM4000
✔ Kayu 1×2 – 3 tan X RM1600 = RM4800
✔ Playwood 12 mm- 200 keping X RM60 = RM12000
✔ Batu pasir – 50 palet X RM170 = RM8500
Kami ingin mengumpulkan 100 RIBU INDIVIDU BUDIMAN yang sudi menjadi penyumbang sebanyak RM10.00 SAHAJA bagi pembelian tanah Madrasah Annur Azzahir (BANAT) di Kg Paya Jaras Dalam. Pusat pengajian ini beroperasi di sebuah rumah banglo di atas tanah berharga RM1.2 juta seluas 0.4 hektar/35000 kaki persegi. Ini adalah lokasi asal pembukaan madrasah banin sebelum berpindah ke lokasi baru (sekarang) di Kg Kubu Gajah pada Mei 2019.
Kutipan terkumpul DANA SEGERA RM1 JUTA (setakat Disember 2019) adalah sebanyak RM405,000.
Semoga amal jariah ini berpanjangan manfaatnya buat semua para penyumbang.
1) Pembinaan Surau Nur Al Mustafa (BANIN)
2) Pembelian Tanah Tapak Madrasah Annur Azzahir (BANAT)
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim)
Jika ingin maklum balas lanjut atau set temujanji lawatan ke lokasi madrasah, sila WhatsApp MUDIR Madrasah: Ustaz Hasnul Hakim (+60192081191)