Hari kedua

Kami dibawa ke bandar Meknes hari ini. Sebagaimana dalam jemputan, hari ini bermulanya acara besar-besaran yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan di bawah Sultan Maghribi sendiri. Ia merupakan majlis haul Maula Idris I atau Maula Idris Akbar yang berlangsung selama 9 hari di Zerhoun.

Sejarah pembentukan Maghribi sangat berkait rapat dengan Maula Idris I dan Maula Idris II yang kami ziarah maqamnya di Fes pada hari pertama kami di sana.

Maula Idris Akbar, merupakan pengasas Kerajaan Idrisiah dan menjadi pencetus kepada pembentukan negara Maghribi. Beliau adalah cicit ke 4 dari keturunan Rasulullah melalui susur galur Saidina Hassan.

Beliau juga merupakan khalifah dan Amirul Mukminin pada zamannya dan menjadi pemimpin tersohor dalam pentadbiran dan keagamaan. Selepas kewafatannya akibat diracun oleh kepimpinan Abasiyah, pembinaan kota Fes yang dimulakan oleh beliau diteruskan oleh anakandanya Maula Idris II. Kerajaan Idrisiah berdiri megah selama beribu tahun lamanya.

Majlis haul Maula Idris I kelihatan cukup meriah dan diserikan dengan majlis qasidah dan doa yang dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja dan kabilah-kabilah keturunan al hasani. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan menziarahi maqam Amirul Mukminin Maula Idris I. Gambar di bawah cukup jelas menceritakan suasana tersebut.

Alhamdulillah, kami merasa bersyukur dan bertuah kerana menjadi tetamu khas dan dapat bersama-sama berada di majlis yang cukup barokah dan mulia ini.

…bersambung.

Ikuti Kembara Auliya Morocco:

  • Hari Pertama : https://bit.ly/3BU9Ywi

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *