Fes… Hari pertama
|Selepas asar, terlebih dahulu kami dibawa ke Dar Nabi untuk menziarahi maqam ayahanda habib sendiri, Habib Maula Hamid al Hasani al Idrisi sebelum menziarahi maqam ikon kebanggaan Maghribi, Amirul Mukminin Maula Idris II yang berada di Masjid al Asyraf.
Selepas ayahandanya Maula Idris I wafat kerana dibunuh, Maula Idris al Azharlah yang menyambung perjuangan ayahandanya untuk membina kota Fes. Maula Idris II inilah yang telah berjaya membangunkan sebuah ketamadunan Islam yang hebat dan tiada tolok bandingnya di kota Fes. Maula Idris pernah berdoa meminta Allah menjadikan kota Fes sebagai kota ilmu dan fiqh yang ditegakkan hukum hakam di dalamnya serta penduduknya yang berpegang teguh dengan sunnah dan jamaah.
Berkat doanya Maula Idris II, Fes telah menjadi sebuah kota khazanah ilmu hingga hadir ahli fiqh, hadis, sastera dan sebagainya dari pelbagai negara Islam dan Eropah lain ke negeri Maghribi ini hingga memancar dan tersebar cahaya Islam ke seluruh penduduk dari kota Maghrib ke kota Masyriq.
Selepas menziarahi Maula Idris al Azhar, kami dibawa pula ke Zawiyah Syurafa al Wazaniyyin untuk menziarahi maqam Sidi Abdullah Syariff dan seluruh keluarganya.
Zawiyah ini istimewa. Ia disebut juga sebagai Darul Dhoman, iaitu rumah jaminan yang dijamin Rasulullah bahawasanya sesiapa yang berada di dalamnya akan sentiasa berada di dalam.pemeliharaan dan jagaan Rasulullah. Di Darul Dhoman inilah terdapat maqam-maqam ahlul bait lain yang kesemuanya adalah daripada keturunan al hasani.
Walaupun cuaca panas dan bahangnya kuat terasa di malam hari, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus melangkah dan mendaki tempat2 istimewa ini.
…….bersambung