Dar Muhammadiah dan Dar Syurafa

Maghribi, sebuah negara eksotik, negara unik yang kaya dengan gaya senibinanya yang tersendiri.

Fes, sebuah kota lama yang penuh dengan sejarah berusia ratusan tahun dan kota utamanya seakan-akan sebuah maze gergasi. Di kota lama ini, kami seolah-olah terperangkap dalam tembok dan dinding bangunan lama yang kelihatan usang dimamah usia. Namun, di sebalik tembok dan pintu2 kayu tersebut ada penginapan dan riad yang cantik rekabentuk dalamannya. Di dalam tembok usang ini jualah terselit istana2 dan kediaman lama yg berusia ribuan tahun dengan ukiran dinding dan bumbung yang sangat terperinci, halus dan unik seni binaannya.

Penghargaan istimewa buat Habib Muhammad Amin kerana menyediakan penginapan yang sangat cantik dan indah untuk kami.

Antara kami ada yang menginap di Dar Syurafa. Dan sebahagiannya menginap di Dar Muhammadiah.

Dar Muhammadiah, penginapan istimewa kepunyaan Majlis Rasulullah Maghribi yang diketuai oleh Habib Muhammad al Amine sendiri. Di Dar Muhammadiah inilah, para habaib akan singgah ziarah dan menginap sepanjang rehlah dakwah mereka di kota Fes Maghribi.

Manakala Dar Syurafa pula adalah sebuah kediaman indah berusia lebih daripada 1000 tahun lamanya. Menariknya, penginapan ini adalah kediaman milik Syeikh Ahmad Badawi al Husaini sejak 900 tahun yang lalu. Syeikh Ahmad Badawi adalah wali Qutub dan pendiri tarikat Badawiyyah. Beliau lahir di Fes namun menetap dan wafat di Mesir.

Moga dengan barokah Syeikh Ahmad Badawi di riad Dar Syurafa, dan barokah para habaib yang pernah menginap di riad Dar Muhammadiah, nur dan sirr mereka mengalir, tersebar dan terpancar juga buat kami.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *