Masihkah berpeluang tunai haji?

Empat hari lagi berbaki. Kebiasaannya tanggal 2 Zulhijah, musim haji ke Tanah Suci bakal bermula. Jika Malaysia menghantar jemaah haji tahun ini, tarikh 12 Julai, kumpulan haji pertama dijangka berlepas dari tanah air dan penerbangan terakhir adalah seminggu sebelum wukuf di Arafah pada 19 Julai bersamaan 9 Zulhijah 1442 H.

Malangnya Malaysia sekali lagi membuat keputusan untuk tidak menghantar jemaah haji bagi musim haji tahun ini. Ia berikutan akur keputusan kerajaan Arab Saudi yang mengehadkan ibadah haji hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada di negara berkenaan berikutan wabak Covid-19.

Sesungguhnya Allah sedang menguji kita… Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 146, bermaksud: “Dan Allah, mencintai orang-orang yang sabar” Ingin disayangi Allah? maka sabar adalah kuncinya… Mungkin ujian ini atas dosa dan kelalaian kita sebagai hambanya. Moga atas kasih dan sayang Allah swt, bala yang melanda dunia dan khususnya negara kita ini akan diangkat selamanya.

Jika suatu masa nanti diizinkan Allah, ibadah haji dapat dikerjakan semula, janganlah kita lepaskannya dan menunda kesempatan baik itu. Hendaklah kita bersegera menunaikannya jika berkemampuan. Begitu juga untuk ibadah umrah, tunaikanlah walaupun hanya sekali seumur hidup kita.

Bila lagi kita nak ziarah Nabi SAW? Buktikanlah cinta dan rindu kita pada baginda Rasulullah selama ini.

Ayuh bangkitlah para muslimin dan muslimat. Perbaiki diri, tinggalkan yang dilarang dan laksanakan perintahNya.

Kerana apa? kerana kita belum pasti masa hadapan bagaimana pula ujiannya?.. masih adakah kesempatan usia? Atau sebenarnya tiada lagi musim haji untuk tahun-tahun berikutnya? Naudzubillah Min Dzalik (“kami berlindung kepada Allah dari perkara itu”)

Wallahu a’lam!

#kenaldirikenalilmukenalAllah

Sebarang bantuan ikhlas boleh disalurkan ke akaun: 𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 – 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗨𝗟𝗢𝗢𝗠 𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗙𝗔 – 𝟱𝟲𝟮𝟳 𝟰𝟬𝟭𝟯 𝟳𝟴𝟱𝟰

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *