PKPD: DUAM RAYU SOKONGAN SEMUA!
|PKPD 14 HARI BERMULA TENGAH MALAM INI!

Betapa rasa sedih tidak tertanggung lagi di hati ini apabila menyaksikan kita terpaksa lagi menghadapi PKP sekaligus memberi bermakna perjalanan pengajian madrasah DUAM akan terus tergantung, yakni segala harapan dan perancangan yang disusun masih belum dapat direalisasikan.
Keputusan ini sudah pasti memberi kesan yang amat perit kepada pengurusan madrasah dan pengajian para pelajar. Kami cuba bangkit, tapi tersungkur kembali.
Syukur alhamdulillah, DUAM masih lagi dikelilingi insan-insan budiman yang sentiasa menyokong perjalanan madrasah ini secara zahir (bantuan tenaga, keperluan dan kewangan) mahupun batin (doa antum semua).
Kami faham kalian juga terkesan dengan situasi ini. Tapi melihat kepada sokongan yang kalian pamerkan membuatkan DUAM tidak harus patah semangat dan perlu terus kuat.
Pun begitu, rasa sedih dan kecewa pasti ada..
Tapi apakan daya, inilah ujian dari Allah ﷻ
Mahu tidak mahu, sebagai hambaNya kita akur dan bersangka baik pada aturanNya.
Moga Allah ﷻ kurniakan kesabaran kepada kita dan diberikan jalan keluar atas setiap permasalahan yang dihadapi serta diqabulkan setiap hajat kita semua.. Amin!
Sebarang bantuan ikhlas boleh disalurkan ke akaun:
𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 – 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗨𝗟𝗢𝗢𝗠 𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗙𝗔
𝟱𝟲𝟮𝟳 𝟰𝟬𝟭𝟯 𝟳𝟴𝟱𝟰
Mudir DUAM, Ust Hasnul
wasap.my/+60192081191/infaqjumaat