“Hajat yang tertangguh”
|لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ باِللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْم
Masyaallah.. jika atas izinNya, pasti ia akan terlaksana!
Teringat ketika tahun 2018 ketika pasangan ini berniat ingin mengaji di Tarim sambil belajar khidmat kepada para habaib di sana..

Ketika itu, pasangan ini, saudara Anaz dan isteri sedang berkhidmat di Madrasah Darul Uloom AlMustafa (DUAM) dibawah pantauan Habib Abu Bakar Balfagih yang mengajar di DUAM.
Hasrat mereka ke Tarim itu disampaikan kepada Mudir DUAM, Ustaz Hasnul Hakim bin Mohd Zain. Selepas dipersetujui, usaha-usaha ke arah merealisasikan hasrat itu dijalankan.
Berikutan dana untuk ke Tarim tidak mencukupi, Tabung Infaq pengajiannya dibuka kepada orang ramai. Alhamdulillah ada yang sudi hulurkan bantuan. Tetapi selepas hampir setahun, dana yang terkumpul masih tidak dapat menampung kos perbelanjaan dan sara hidup di sana. Akhirnya hasrat itu tertangguh begitu saja…
Tetapi siapa sangka, bermula dengan niat yang baik,usaha dan berkat sabar ianya termaqbul akhirnya.
Pada Syabaan tahun ini, Anaz dipilih Allah ﷻ untuk sama-sama mengikuti rombongan ke Tarim sebagai pengiring pelajar DUAM.
Walaupun pemergiannya ketika itu terpaksa meninggalkan isteri dan anak terlebih dahulu selama hampir empat bulan. Anaz tidak melepaskan peluang itu kerana ianya satu pengalaman yang tidak wajar dilepaskan.
Siapa sangka hari ni pasangan ini akhirnya bertemu di Kota Barokah selepas melalui pelbagai siri ujian dan pengorbanan sejak mula memasang niat ke Tarim.
Teringat kalam guru, bersangka baik dengan semua aturan Allah.. serah bulat-bulat padaNya.. selepas niat, doa dan usaha yang dijalankan.

Alhamdulillah kini mereka melalui fasa kehidupan baru di sana. Moga sahabat semua doakan mereka dan DUAM juga. Doakan agar kebaikan demi kebaikan sentiasa hadir dan dipermudahkan segala urusan kami semua.
Ameen ya rabbal alamin!
Terima kasih Allah!
*Anaz mohon doakan kami semua di sini dan sampaikan salam pada para habaib, guru, ustaz, sahabat dan pelajar di sana.
Bagi yang ingin hulurkan bantuan ikhlas kepada Madrasah Darul Uloom Al Mustafa boleh salurkan ke akaun:
𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 – 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗨𝗟𝗢𝗢𝗠 𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗙𝗔
𝟱𝟲𝟮𝟳 𝟰𝟬𝟭𝟯 𝟳𝟴𝟱𝟰