Bantu DUAM bina Surau Nur AlMustafa

๐— ๐—˜๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ ๐—ก๐—จ๐—ฅ ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™๐—” (๐——๐—จ๐—”๐— )

Untuk makluman, Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) beralamat di Lot 1677, Jalan Gajah 10, Kg Kubu Gajah adalah sebuah pusat pengajian ilmu-ilmu Islam yang telah beroperasi sejak tahun 2012 dan mempunyai kira-kira 30 pelajar banin dan 6 ahli khidmat termasuk asatizah. Selain itu, DUAM juga mempunyai madrasah banat (30 pelajar) yakni Madrasah Annur Azzahir di Jalan Tempayan Emas 2, Kg Paya Jaras Dalam.

Memandangkan DUAM semakin giat dan aktif dengan pelbagai program termasuk yang terbaru adalah PAMERAN KHAZANAH PENINGGALAN RASULULLAH SAW yang mendapat sambutan luar biasa pengunjung yang berakhir pada 12 september lalu.

Oleh yang demikian, DUAM berhasrat menambah baik dan memperluaskan lagi aktiviti keagamaan dan dakwah secara menyeluruh (umum) yakni kepada penduduk sekitar madrasah.

Sehubungan itu, DUAM kini dalam usaha MEMBINA SURAU NUR ALMUSTAFA (DUAM) di lokasi madrasah. Insyaallah ianya akan menjadi pusat sebaran ilmu agama dan dakwah sekitar Kubu Gajah ini.

Buat masa ini surau sedia ada hanya mampu memuatkan pelajar dan asatizah sahaja dan jika madrasah ada menganjurkan majlis, ianya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai pada satu-satu masa. Tambahan pula jika majlis yang membabitkan pelajar banat dan jemaah wanita.

Dengan terbinanya surau baharu ini, insyaAllah ianya mampu menyediakan suasana yang lebih kondusif dan selesa kepada pelajar dan jemaah bagi mengikuti kelas-kelas pengajian, aktiviti-aktiviti agama dan kerohanian.

Bagi mencapai tujuan tersebut, DUAM yang ditubuhkan tanpa mengenakan yuran kepada pelajar sangat-sangat mengharapkan bantuan dan sumbangan dana daripada sahabat semua.

๐——๐—จ๐—”๐—  ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ต๐˜‚๐—น๐˜‚๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ ๐—ก๐—จ๐—ฅ ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™๐—” (๐——๐—จ๐—”๐— ) ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€.

Sumbangan dana tersebut boleh disalurkan ke nombor akaun berikut:

๐— ๐—”๐—ฌ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐Ÿฑ๐Ÿฒ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐Ÿณ๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฐ (๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐—  ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™๐—”)

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
(Riwayat Muslim)

*Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Mudir DUAM, Ustaz Hasnul Hakim di 0192081191

FB: https://www.facebook.com/DarulUloomMustafa
Web: http://darululoomalmustafa.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *