TABUNG INFAQ PELAJAR DUAM KE TARIM, YAMAN
|
بسم الله الرحمن الر حيم
( ACC BANK ISLAM DARUL ULOOM ALMUSTAFA : 1228 9010 0181 74 )
Alhamdulillah, syukur pada Allah swt atas nikmatNya.
Untuk makluman sahabat semua, seramai 12 pelajar Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke Tareem, Hadramout, Yaman.
Pelajar terbabit adalah:
- 1) Muhammad Azim Zarif bin Azman (biaya sendiri)
- 2) Aisyah Wardina binti Azman (biaya sendiri)
- 3) Muhammad Syurahbil Saifullah (biaya sendiri)
- 4) Siti Hajar binti Zulkefli (biaya sendiri)
- 5) Amir Mujahid bin Hasnul Hakim (perlukan penaja/penginfaq)
- 6) Muhammad Amirul Khusyairi (perlukan penaja/penginfaq)
- 7) Nur Nasriyah Iwana binti Adam Husein (perlukan penaja/penginfaq)
- 8) Syazlan bin Shairil (perlukan penaja/penginfaq)
- 9) Nur Izz Nabilah binti Suhaimi (biaya sendiri)
- 10) Aminah binti Syed Abd Nasir (perlukan penaja/penginfaq)
- 11) Nur Anis Humaira (perlukan penaja/penginfaq)
- 12) Adam Muqrish bin Abdullah (perlukan penaja/penginfaq)
Mereka bakal meneruskan pengajian mereka dalam bidang pengajian Bahasa Arab, Tahfiz Al-Quran dan Ulum Syariah.
Oleh yang demikian, DUAM dengan rasa rendah diri memohon bantuan sahabat semua untuk berinfaq/derma/zakat bagi menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan pelajar kami.
Inilah peluang kepada sahabat semua untuk merebut ganjaran pahala dengan berinfaq membantu PEJUANG-PEJUANG ILMU ini.
Allah SWT berfirman: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)
Marilah bersama-sama kami dalam merealisasikan hasrat pelajar ini. Yakinlah setiap ilmu dan adab yang diperoleh pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di sana akan menjadi saham kekal buat kalian semua.
InsyaAllah niatkan semata-mata kerana Allah swt.
Tabung infaq melanjutkan pengajian pelajar-pelajar Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) ke Tareem, Hadramout, Yaman:
Kos anggaran SEORANG pelajar RM17,000 .
Kos adalah membabitkan (RM17,000 seorang pelajar) :
- Yuran pengajian setahun pelajar = RM5,500
- Bayaran Visa pelajar = RM800
- Bayaran wang jaminan (doman) = RM3,000
- Tiket kapal terbang = RM 6000 (KLIA-Dubai-Seiyun) atau (KLIA-Mesir-Seiyun)
- Lain-lain perkara = RM2,700 (keperluan asrama, makan, penginapan sementara, bagasi, sewa van, kecemasan)
Tarikh keberangkatan ke Tarim Yaman adalah pada awal Mac 2021
( ACC BANK ISLAM DARUL ULOOM ALMUSTAFA : 1228 9010 0181 74 )