darululoomalmustafa.com digodam
|
Bismillahirrahmanirrahim…
Dukacita dimaklumkan laman web rasmi Madrasah Darul Uloom Al Mustafa dengan alamat URL http://darululoomalmustafa.com telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab… Kejadian disedari sejak Rabu lalu (23 September 2020)..
Berikutan itu, laman web DUAM ketika ini tidak memaparkan apa-apa maklumat… hanya menunjukkan latar belakang berwarna putih sahaja. Laporan telah dikirim kepada admin server untuk tindakan lanjut.
Alhamdulillah, selepas 5 hari dan pada 27 September lalu, darululoomalmustafa.com sudah kembali seperti biasa.. Majoriti maklumat masih kekal ada cuma beberapa maklumat yang hilang perlu dikemaskini semula..
Mohon doa semua agar DUAM sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT… Ameen