PAMERAN KHAZANAH PENINGGALAN RASULULLAH SAW BERAKHIR SEMALAM…

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya PAMERAN KHAZANAH PENINGGALAN RASULULLAH SAW yang dianjurkan Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (#DUAM ) bermula 5 September lalu telah melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah…Walaupun perancangan awalnya pameran ini hanya berlangsung dua hari sahaja, tetapi berikutan sokongan pengunjung yang luar biasa, DUAM memutuskan menyambungnya sehingga 12 September lalu yakni semalam.

Menerusi tinjauan dan rekod kehadiran pameran, jumlah keseluruhan pengunjung yang dikenal pasti hadir menjangkau sehingga 20,000 orang dan semalam mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sehari iaitu hampir 2,500 orang.

Dalam pada itu, DUAM tidak mengabaikan aspek keselamatan kepada pengunjung. DUAM melaksanakan SOP berikutan wabak Covid dengan mensyarat semua pengunjung wajib mendaftar MySejahtera, melalui pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka, sihat dan tidak bergejala. Selain itu, sebagai langkah penjarakan fizikal lawatan ke lokasi pameran juga telah disusun mengikut kumpulan seramai 20 orang pada satu-satu masa.

Dalam serba kekurangan DUAM sangat bertuah dan bersyukur kerana tanpa disangka penganjuran pameran ini mendapat sokongan dan dokongan daripada banyak pihak. DUAM mengambil peluang ini untuk menzahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada:

Pengurusan Galeri Warisan MAR dan ” Frontliner Penerangan ” Merchandise yang dipimpin oleh: Prof Datuk Dr Hj Abd Manan Embong Pakar Etnologi & Artifak slam Dunia, Penasihat Di Raja Galeri Tuanku Sultan Brunei telah menjadi asbab utama pameran ini berjaya dilangsungkan. Bermula dengan niat untuk membantu madrasah, Allah swt qabulkannya melalui jalan ini. Alhamdulillah.

Ribuan terima kasih juga DUAM ucapkan kepada pihak MEDIA MALAYSIA dan wakil individu terdiri daripada :#HarianMetro, #BernamaTV#bernamaradio, #RTM, #SELAMATPAGIMALAYSIATV1#SinarHarian, #ustazabdullahkhairi (#UAK) dan Tuan Suhaimi (CEO INTATRAMA TRAVEL #PelayaranIslamik). Asbab laporan dan sebaran pihak media dan wakil individu, DUAM telah menjadi tumpuan puluhan ribuan manusia yang merindui junjungan mulia Nabi SAW.

Tidak ketinggalan, ucapan syukran jzkk juga DUAM ucapkan kepada pihak #Jakel, F&N dan pihak persendirian yang menaja pameran ini. InsyaAllah moga-moga setiap yang kalian sumbangkan sama ada dari sudut keperluan ataupun tenaga dibalas dengan ganjaran yang lebih tinggi dan sebaik-baiknya.

Tidak lupa juga, sekalung penghargaan teristimewa dirakamkan kepada semua ahli khidmat DUAM, asatizah, keluarga, walid angkat DUAM, sahabat dan para tolibul ilmi DUAM yang menjalankan peranan masing-masing serta bertungkus lumus mengerah keringat dan tenaga siang dan malam bagi merealisasikan hasrat penganjuran pameran ini. Kalian semua memang “awesome”!

Akhir kalam DUAM menyusun 10 jari memohon ribuan ampun dan maaf jika ada kekurangan, kekhilafan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi sama ada pengunjung dan orang perseorangan sepanjang pameran ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt dan yang kurang itu adalah asbab kelemahan DUAM sendiri.

Moga-moga kalian semua terus doakan dan beri sokongan penuh kepada DUAM! InsyaAllah jika berpeluang lagi, DUAM usahakan untuk penganjuran program seterusnya.

DUAM berharap dengan usaha yang sedikit ini, ianya memberi manfaat dan impak positif pada semua.

“Kami Merindui Mu Ya Rasulullah” – 13 September 2020

#kenaldirikenalilmukenalAllah

Bagi yang berhajat menghulurkan sumbangan INFAQ PEMBINAAN SURAU NUR AL MUSTAFA (DUAM), infaq kalian boleh disalurkan ke akaun: 𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 – 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗨𝗟𝗢𝗢𝗠 𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗙𝗔𝟱𝟲𝟮𝟳 𝟰𝟬𝟭𝟯 𝟳𝟴𝟱𝟰

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻, hubungi 019-2081191 (Mudir, Ust Hasnul Hakim)

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗹𝗶𝗱 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗨𝗔𝗠, klik link ini >> https://chat.whatsapp.com/7A8htoEZNFEFVCSivn0tmB

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗗𝗨𝗔𝗠, klik sini >>https://www.facebook.com/MySunnahShop/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *