Rehlah DUAM ke Bukit Fraser
|
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. Bagi menghargai team DUAM yang bertungkus-lumus berkhidmat bagi melancarkan Kembara Dakwah Habib ‘Alwi bin Abdullah Al-Aydrus serta Daurah kitab selama 5 hari di madrasah, mudir telah membawa para asatizah, pelajar, ahli khidmat untuk rehlah selama dua malam di Bukit Fraser.
Rehlah ini bagi memberi peluang team DUAM menghilangkan rasa penat lelah serta dapat membantu memantapkan semula fokus kepada pengajian dalam suasana dingin dan segar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah jungle tracking, mandi air terjun, berkhemah, sparing silat dan pelbagai aktiviti lain lagi.
Rehlah ini penting bagi merapatkan hubungan dikalangan pelajar, asatizah dan ahli khidmat agar kita semua bergerak secara berjemaah dan saling bantu-membantu antara satu sama lain demi kelangsungan perjalanan madrasah.
Walaupun dalam serba kekurangan, alhamdulillah rehlah berjalan dengan jayanya..
Sesungguhnya semuanya kerana Allah dan RasulNya. Moga Allah permudahkan urusan kita semua dan hadirkan lebih ramai lagi para penginfaq budiman yang menjadi asbab pembangunan madrasah ini.
Terima kasih pada @Madrasah Tahfiz Jamiul Ulum atas khidmat kalian.
Untuk membantu DUAM, Infaq anda boleh disalurkan ke: ??????? – ????? ????? ????????? – ???? ???? ????