RAYUAN DANA INFAQ PEMBELIAN 2 UNIT VAN DUAM

MADRASAH Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) kini berusia genap 5 tahun selepas mula dibuka pada Januari 2015. Sejak itu, DUAM masih belum memiliki kenderaan pengangkutan yang sesuai untuk urusan pelajar.

Apabila memerlukan, DUAM acapkali meminta ikhsan sahabat, kenalan yang sudi meminjamkan kami kenderaan. Kadang-kala apabila terdesak kami tiada pilihan, terpaksa menyewa semata-mata untuk kemudahan urusan pelajar.

Oleh yang demikian DUAM berhasrat untuk membeli 2 van untuk kegunaan Madrasah Darul Uloom Al Mustafa dan Madrasah Annur Azzahir. Kami sangat-sangat memohon para penginfaq semua bantu salurkan infaq dan sebar luas artikel ini bagi mencari lebih ramai lagi penginfaq yang budiman untuk bersama kami.

Kepada para penginfaq yang dikasihi Allah sekalian.

Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) hari ini membuka peluang untuk kalian merebut saham akhirat dengan menyalurkan infaq kalian untuk tujuan pembelian 2 unit van untuk kegunaan pelajar DUAM.

Kegunaan van:

  • Membawa pelajar solat Jumaat
  • Menyertai aktiviti luar seperti jemputan majlis maulid, doa selamat, tahlil dan rehlah pelajar.
  • Selain itu memudahkan urusan ulang-alik pelajar banat/perempuan untuk hadir majlis maulid mingguan madrasah di madrasah lelaki.

(Rujukan di Carlist.my)

  • 2010 Weststar Maxus 2.5 (12 penumpang) – RM 33,0002)
  • 2010 Toyota Hiace 2.5 (11 penumpang) – RM 64,0003)
  • 2014 Nissan Urvan 3.0 MICROBUS (14 penumpang) – RM 58,000

*bergantung pada stok yang ada.

Sebarang pertanyaan, hubungi: http://wasap.my/+60163611740/InfaqVan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *