Madrasah Annur Azzahir pindah lokasi baru

Lokasi baru Madrasah Annur Azzahir (gambar lama)

Pada 1 September lalu, secara rasminya lokasi Madrasah Annur Azzahir (banat) telah berpindah ke lokasi baru di Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2, Kg Paya Jaras Dalam.

Lokasi baru ini adalah tapak lama Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (banin) yang kini juga telah berpindah ke Jalan Gajah 10.

Perpindahan ini adalah disebabkan lokasi lama di No 29, Lorong Gajah 14, Kg Kubu Gajah kerap kali dinaiki air banjir.

Laporan banjir kilat yang melanda Annur Azzahir pada Nov 2018

Berikutan bencana itu, pihak DUAM terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi memperbaiki dan mengganti peralatan dan keperluan yang rosak.

Selain itu, keputusan berpindah ini juga adalah sebagai langkah DUAM untuk menjimatkan kos sewa bangunan yang agak tinggi di lokasi lama.

Jangan Lupa Kongsi, sebagai usaha Dakwah !

Sila berikan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *