Geng Ganu ketuai selenggara elektrik DUAM Jalan Gajah 10
|
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Pada 1 September lalu masalah pendawaian elektrik DUAM Jalan Gajah 10 dapat diselesaikan.. Walaupun belum sepenuhnya, tapi syukur alhamdulillah kerana pelajar kini dapat belajar dengan lebih selesa selepas semua kipas dan lampu berfungsi dengan baik…
Tiada daya dan upaya melainkan Allah…
Syukur atas nikmatnya yang mengirim insan-insan yang menjadi asbab kelancaran usaha penyelenggaraan masalah wiring yang dihadapi Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) sejak berpindah ke lokasi baru…
Syukran DUAM ucapkan kepada Team Abg Man datang dari Terengganu, Team DUAM, Walid Angkat dan org awam yang saling berganding bahu menyalurkan kepakaran, keringat dan keperluan demi matlamat melihat DUAM dapat beroperasi dengan lancar semata-mata kerana Allah dan Rasulnya…
Bak kata Habib Ali Abu Bakar bin Salim, dengan niat yang baik pasti pengakhirannya juga akan baik… InsyaAllah…
Moga Allah beri kekuatan dan jalan keluar atas setiap permasalahan DUAM… Terima kasih semua..
#kenaldirikenalilmukenalAllah
#kamitakramaitapikamiada
#salamMaalHijrah1441
DUAM sering memohon belas..
Kadang malu, tertunduk muka…
kami yakin dgn usaha yang ikhlas..
InsyaAllah Allah balas pengorbanan mereka…
Aminn…
Bagi yang nak infaq ke Madrasah Darul Uloom Al Mustafa, sumbangan boleh disalurkan ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA (Maybank) – 5627 4013 7854