Rehlah Dakwah Habib Umar di Sarawak
|Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Tanggal 1 Oktober 2019… Sarawak menjadi negeri bertuah di Malaysia selepas menjadi lokasi pilihan Tertib Rehlah Dakwah Al -Alamah Habib Umar bin Hafidz pada 2019. Wajah kegembiraan dan penuh teruja jelas tergambar pada warga Sarawak yang hadir bersama pada setiap majlis yang disusun selama 3 hari jadual habib di sini. Turut tidak melepaskan peluang, warga Indonesia dari Pontianak serta warga Semenanjung yang juga turun padang bagi menunjukkan rasa takzim disamping mengambil keberkatan hadirnya habib di sini.
Sebelum itu, Habib sempat meluangkan masa singgah sebentar di Semenanjung pada 30 Oktober selepas selesai Rehlah Dakwah di Indonesia. Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dipilih untuk menjadi lokasi meraikan kehadiran habib di sini. Moga asbab kehadiran habib, tanah Melayu dan seisi Nusantara diberikan kebaikan, dijauhi bala dan selamat dari fitnah.
Antara intipati Pengajian Kitab Hikam al-Haddad bersama habib di Masjid Negeri Shah Alam adalah:
Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz:
Ahli makrifat memahamkan kepada kita bahawa seseorang yang meningkat tinggi dalam perjalanan menuju Allah hendaklah tidak terlalu agresif untuk memaksa dirinya dalam pertarungan hawa nafsunya, bahkan hendaklah secara bijak mengendalikan hawa nafsu tersebut, jika tidak, hatinya berkemungkinan menjadi buta (bosan dan muak) kerana kejutan tersebut.
Seandainya ada perkara yang boleh merehatkan nafsu tersebut dari keletihan bermujahadah melawan nafsu, maka perkara tersebut diperbolehkan selagi mana ianya tidak haram disisi syariat. Hal demikian dilakukan adalah bagi memberi ruang kepada hatinya untuk menguatkan perasaan kehadiran dengan Allah(hudhur) dan perasaan kebersamaanNya(mai’yyah).
Meskipun begitu, untuk orang yang baru saja bermula perjalanan rohaninya(al-mubtadi) hendaklah dia memiliki azam yang jitu dan semangat yang tinggi dalam menekan hawa nafsunya. Kerana tanpa semangat yang kuat dalam melawan hawa nafsunya, maka dia akan terperdaya dan terbuai dengan godaan hawa nafsunya untuk memuaskannya dari satu perkara yang kecil kepada perkara yang lebih buruk.
Lalu jika seseorang memiliki pembimbing rohani, maka panduan dalam menambahkan amalan-amalan dengan lebih banyak adalah berdasarkan bimbingan guru tersebut agar pengembara menuju Allah meniti fasa demi fasa, peringkat demi peringkat dalam keterbukaan mata hatinya(basirah) dan tersingkapnya hijab-hijab hati(raf’ul hujub). – @darulmujtaba @ustaziqbalzain
Manakala, di Kuching, Sarawak pula, program yang membabitkan habib adalah Majlis Malam Mahabbah Cinta Rasul (1 Oktober) di Masjid Darul Hana dan Program Solat Subuh serta Kuliah Subuh Perdana di Masjid At Taqwa pada 2 Oktober. Alhamdulillah sambutan orang ramai amat mengalakkan. Moga habib terus diberikan kesihatan dan kelapangan waktu oleh Allah swt agar bumi Malaysia sentiasa menjadi lokasi pilihan rehlah dakwah beliau. Moga asbab hadirnya habib, warga Nusantara lebih kenal dan mencintai Rasulullah SAW dengan sebenar-benarnya dan menjadi ikutan seluruh umat umumnya… Amin!
Syukur… Team Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) diketuai oleh Mudir, Ustaz Hasnul Hakim bin Mohd Zain turut dizinkan Allah swt untuk hadir sama ke majlis habib di Semenanjung dan Sarawak bagi mengambil barokah beliau… Alhamdulillah..
Sebenarnya…solat subuh dan kuliah subuh pagi tu….Habib Umar dan rombongan pergi ke Masjid At-Taqwa kampung Gita [2 october]…..bukan darul hana lagi dah……malam tu baru Habib Umar pergi masjid Darul Hana [1 october] ….maaf yerrr….pembetulan sikit hehe….
MasyaAllah… Alhamdulillah… syukran atas teguran pembetulan…