Daurah (0.3) 40 hari medan ilmu dan dakwah DUAM untuk orang ramai
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah… Tiada ungkapan yang lebih sempurna melainkan rasa syukur pada Allah swt atas limpahan kasih dan sayangnya, Program Daurah (0.3) 2019 selama 40 hari di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa akhirnya melabuhkan tirainya dengan Majlis Khatam Daurah semalam.
Program yang bermula pada 16 April lalu berjaya menarik minat pelbagai lapisan usia bermula seawal 14 tahun sehingga 71 tahun, lelaki dan perempuan.
Seramai hampir 50 orang menyertai program Daurah ini termasuk 20 pelajar DUAM dan 10 pelajar DTAM.
Jadual program yang padat dengan sesi pengajian kitab ini turut diisi dengan tertib harian yakni solat-solat wajib/sunat berjemaah, qailullah, zikir, maulid dan khidmat dipimpin Habib Abu Bakar bin Hasan Balfageh.
Program ini bermula pada jam 4.30 pagi dan berakhir pada 11.30 malam setiap hari.
Antara kitab-kitab yang disyarahkan dalam program ini adalah:
1) كتاب رمضان والصيام فضائل وآداب – ( الحبيب مهدي بن ابي بكر الحامد)
2) كتاب نورالإيمان – ( الحبيب أبوبكر بن حسن بلفقيه)
3) كتاب الإسلام ومشكلات الشباب – ( الحبيب علوى سالم ابو فطيم)
4) كتاب رسالة المعاونة – ( الأستاذ حسن الحكيم بن محمد زين)
5) كتاب الشمائل المحمديه – ( الشيخ ماجد الحميد)
6) كتاب نيل الرجا – ( الأستاذ شمس الدين المطهر)
7) كتاب العقيدة الطحاوية \ احكام التجويد – ( الأستاذ محمد صابرين بن رسلي)
Seperti tahun lalu, kelas pengajian kitab Daurah tahun ini juga mendapat liputan langsung FB LIVE DUAM yang hanya dibuka untuk kumpulan peserta Daurah sahaja. Dengan adanya liputan langsung ini, peserta boleh menonton semula semua video sesi pengajian sebagai rujukan dan ulang kaji.
Majlis Khatam Daurah ini turut diselangi dengan acara khatam al Quran oleh pelajar DUAM, Muhammad Syurahbil yang berjaya khatam 30juz hafalan quran baru-baru ini serta disusuli majlis tahlil arwah bonda Ustaz Hasnul Hakim dan penyampaian sijil Daurah kepada semua peserta.
Syurahbil kelihatan tenang mengkhatamkan bacaannya dihadapan asatizah dan peserta Daurah walaupun sedikit gementar pada awalnya.
Insyaallah hari ini Syurahbil akan berlepas ke tanah suci Makkah dan Madinah bagi menunaikan Umrah 10 akhir Ramadan bersama Mudir DUAM, Ustaz Hasnul Hakim sebagai hadiah atas kejayaannya.
Syukran jzkk kepada semua tenaga pengajar, peserta, ahli khidmat dan orang ramai yang turut serta membantu melancarkan program ini.
Terima kasih juga diucapkan pada semua penginfaq yang membantu memberi sumbangan sepanjang Daurah ini termasuk yang menaja umrah untuk Syurahbil.
Lumrah manusia yang tidak sempurna, dalam setiap perancangan itu pasti ada kekurangan dan kelemahannya, maka kami pihak DUAM memohon maaf atas segalanya kesulitan yang dialami tenaga pengajar, peserta, pelajar dan ahli khidmat sepanjang tempoh Daurah ini berlangsung.
Insyaallah kita jumpa lagi untuk Daurah (0.4) Wawasan 2020 tahun depan. Kami akan cuba perbaiki segala kepincangan dan pertingkatkan lagi khidmat kami… Doakan..
Sekian, terima kasih.
#kenaldirikenalilmukenalAllah
Bagi yang berhajat infaq untuk madrasah, sumbangan boleh disalurkan ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA (Maybank) – 5627 4013 7854