Kutipan dana segera RM 1 juta masih diteruskan


KUTIPAN TERKINI – RM365,000

Assalamualaikum,

Teman-teman dan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Kami ingin mengumpulkan 100 ribu orang individu yang sudi berkongsi usaha membangunkan sebuah institusi ilmu dengan menjadi penyumbang sebanyak RM10.00 SAHAJA bagi pembelian tanah Madrasah Darul Uloom al Mustafa.

Madrasah Darul Uloom Al Mustafa adalah merupakan sebuah pusat tahfiz dan pengajian ilmu-ilmu Islam yang mempunyai 60 pelajar daripada golongan ASNAF, ANAK YATIM dan yang umumi lelaki dan perempuan.

Pusat pengajian ini beroperasi di sebuah rumah banglo di atas tanah berharga RM1.2 juta seluas 0.4 hektar/35000 kaki persegi di Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor.

Hasrat untuk membeli tanah tersebut masih lagi tertangguh, Kerana dana yang kami kumpul sejak setahun yang lalu baru terkumpul RM365K.

Oleh itu, demi pembangunan madrasah ini, kami masih meneruskan misi pembelian tanah ini berikutan jumlah kutipan dana terkumpul masih belum mencukupi sasaran RM 1 juta.

Mohon bantu kami untuk jayakan kempen ini dengan menyumbang sekurang2nya RM10 seorang ke dalam akaun yang tertera di bawah. Semoga dengan keberkatan ramadan, Allah kurniakan ganjaran pahala yang besar atas infaq dan kebaikan yang anda lakukan serta qabulkan hajat-hajat kalian… Amin.

Infaq RM10 anda boleh disalurkan/bank in ke akaun berikut:

DARUL ULOOM AL MUSTAFA
MAYBANK
562740137854

DARUL ULOOM AL MUSTAFA
CIMB BANK
8600590460

DARUL ULOOM AL MUSTAFA
BANK ISLAM
12289010018174

Semoga amal jariah ini berpanjangan manfaatnya buat semua para penyumbang.

Kami mewakili warga madrasah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan anda.

Syukran jazakallahu khairan khathira.

JOM INFAQ RM10 SEORANG!

Untuk Pertanyaan : 019-2081191

#infaqrm10
#100ribupenyumbang
#madrasahdarululoomalmustafa
#barokahramadhan

Jangan Lupa Kongsi, sebagai usaha Dakwah !

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *