Syurahbil, pelajar pertama khatam 30juz hafalan al-Quran di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa.
|
Bismillahirrahmanirrahim…
Tiada daya dan kekuatan melainkan milik mutlak Allah swt…
Pada bulan yang mulia, Ramadhan Al Mubarak di mana turunnya al-Quran, pelajar DUAM, Muhammad Syurahbil Saifullah diizinkan Allah swt mengkhatamkan 30juz hafalan al-Quran..
Dengan kerbekatan al-Quran disamping asbab usaha gigih dan istiqamahnya, Allah anugerahkan dua hadiah terbesar dalam hidupnya yakni pertama, bergelar hafiz dan kedua, dipilih Allah swt untuk menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah bagi mengerjakan umrah pada 10 AKHIR RAMADHAN ini.
Niat membawa Syurahbil mengerjakan umrah oleh Mudir DUAM, Ustaz Hasnul Hakim adalah sebagai tanda kesyukuran dengan kejayaan anak muridnya.
Kejayaan ini tidak akan hadir tanpa asbab guru hafalan al-Quran DUAM, Ust Aslam yang tidak pernah jemu mendidiknya kerana kesungguhan dan semangat yang ditunjukkannya.
Siapa sangka, Program kutipan dana infaq orang ramai bagi menaja Umrah Syurahbil yang pada mulanya agak perlahan, tapi atas yakin dan menyerahkan segala-galanya pada Allah, dalam tempoh tiga hari mencapai sasaran kutipan RM5,000.
Seperti kalam Habib Ali Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, setiap perkara yang bermula dengan niat yang baik, insyaAllah akan khair seterusnya…
DUAM mengucapkan tahniah kepada Syurahbil atas kejayaannya dan kami doakan agar ingatan hafalannya kekal hingga ke akhirnya. Biiznillah…
Akhir kalam, tanpa asbab penginfaq semua mana mungkin hasrat ini dicapai.. Moga dengan infaq yang dikeluarkan pada Ramadhan yang penuh barokah ini, Allah permudahkan urusan dan qabulkan hajat-hajat kalian semua.. Amin.
#kenaldirikenalilmukenalAllah
#rebutbarokahRamadhan
#seorangsedikitutkagama
Bagi yang berhajat infaq untuk madrasah, sumbangan boleh disalurkan ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA (Maybank) – 5627 4013 7854