Habib Abdullah Al Habsyi hadir Maulid Istiqbal Ramadhan DUAM
|Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah…
Kami di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa panjatkan kesyukuran kerana atas izin Allah swt, Majlis Maulid Istiqbal Ramadhan bersama Habib Abdullah Al Habsyi, Habib Mahdi Al Hamid, Habib Abu Bakar Balfagih, Syeikh Firdaus Al Maliki, Ustaz Hasnul Hakim, warga tenaga pengajar DUAM, peserta Daurah (0.3) dan ahli khidmat serta pelajar DUAM berjalan dengan lancarnya, semalam.
Betapa beruntungnya kami apabila para ulama dapat meluangkan masa mereka walau dalam jadual padat semata-mata untuk sama-sama berkongsi ilmu dan nasihat dalam majlis Maulid sempena menyambut kehadiran Ramadhan. Moga Allah swt memberkahi dan memberi rahmat pada madrasah dan warganya asbab kehadiran alim ulama ke sini.
Walaupun usaha mengadakan majlis ini dikekangi dengan pelbagai cabaran dan kekurangan sumber kewangan, ianya tetap berlangsung dengan jayanya.. alhamdulillah.. Benarlah kata guru kami, serahlah segalanya pada Allah swt kerana padaNyalah tempat yang selayaknya kita memohon pertolongan.
Pun begitu kami ucapan ribuan terima kasih dan syukran jzkk pada guru-guru kami, semua penginfaq, ahli khidmat, pelajar dan semua yang terlibat sama.
Moga Allah ganjarkan balasan setimpal atas segala usaha, keringat dan infaq yang dikeluarkan dan Allah qabulkan segala hajat-hajat kita semua… Amin..
Akhir kalam, semua warga DUAM memohon ribuan kemaafan sekiranya ada kekurangan, kesalahan dan kelemahan adab yang kami lakukan sepanjang majlis berlangsung.
#kenaldirikenalilmukenalAllah
*Bagi yang berhajat infaq, sumbangan boleh disalurkan ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA (Maybank) – 5627 4013 7854
Hantar resit ke wasap.my/+60163611740/infaqDUAM