Al Habib Husin Al Habsyi ziarah DUAM

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah… Kami panjatkan kesyukuran atas nikmat Allah swt yang mengizinkan Madrasah Darul Uloom Al Mustafa diziarahi ulama, Al Allamah Al Habib Husin Al Habsyi (Mudir Darul Qoum Al Ilmi, Tarem Hadramaut, Yaman pada 23 April lalu.

Majlis bermula dengan pelajar DUAM menyambut ketibaan habib dengan qasidah Thola’al badru alaina.. Wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar pada semua hadirin yang masing-masing dahagakan ilmu dan nasihat daripada pewaris nabi SAW.

Pada majlis itu, Habib menyampaikan tausiyah berkaitanĀ Ilmu, Adab, Akhlak dan Suluk kepada pelajar dan peserta Daurah… Di samping itu, habib turut memeriksa pelajar kecil DUAM melakukan praktikal solat dan bacaan dalam solat …

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran bayi Ustaz Syamsuddin (tenaga pengajar DUAM) yang ditahnik oleh habib selepas dilahirkan pada malam Nisfu Syaaban baru-baru ini.

Semoga dengan kehadiran ulama ke DUAM menambahkan lagi keberkatan madrasah ini.

Doakan kami…

#kenaldirikenalilmukenalAllah

Jangan Lupa Kongsi, sebagai usaha Dakwah !

Sila berikan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *