Rehlah Mahabbah Al Mustafa di Janda Baik

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah saw…

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Syukur atas izin Allah swt, Progam Perkampungan Rehlah Mahabbah Al Mustafa (Madrasah Darul Uloom Al Mustafa/Madrasah Annur Azzahir) selama 2 hari satu malam di Janda Baik, Pahang berakhir dengan baik dan lancar semalam, 6 Januari 2019.

Ucapan jazakallah khairan kathira kepada Habib Abu Bakar Balfagih sekeluarga, para asatizah, team pengurusan khidmat dan semua pelajar yang memberikan kerjasama membantu melancarkan program ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang bersusah payah mengorbankan masa dan wang ringgit bagi merealisasikan program ini.

Dalam suasana persekitaran semulajadi yang menyegarkan, selain mandi manda di sungai, antara program yang berjaya dilaksanakan ialah maulid dan tausiyah, sukaneka, program burung hantu dan tarung bebas bagi pelajar banin. Alhamdulillah.

Tanpa jemaah kita pasti lemah. Moga Allah satukan hati-hati kita dalam perjuangan dakwah ini berlandaskan sunnah Rasulullah saw.

Pun begitu, setiap yang disusun pasti ada ketidak sempurnaannya kerana yang sempurna hanya hak Allah swt. Oleh yang demikian pihak pengurusan dipimpin Ustaz Hasnul Hakim bin Mohammad Zain memohon kemaafan atas kekhilafan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa gembiranya pihak pengurusan apabila melihat pelajar ceria bersama keluarga, para asatizah dan sahabat seperjuangan mereka. Mereka saling bekerjasama serta taat atas setiap tugasan yang diberikan.

Sekalung penghargaan buat semua penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung.

Moga apa yang kita sumbangkan sama ada dalam bentuk tenaga, idea dan wang ringgit diangkat Allah sebagai jariah kita dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Amin..

Sekian, terima kasih
Admin

#kenaldirikenalilmukenalAllah
#programrehlahmahabbah
#terimakasihsemua

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *