Dari DUAM ke Yusro
|
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW..
Alhamdulillah… Pada Sabtu lalu yakni bersamaan 22 Disember 2018, guru kami yang juga penasihat Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM), Al Habib Ali Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim berangkat pulang ke Kota Tarim bersama rombongannya.
Habib Ali yang juga pengasas Ma’ahad Al Yusro, Tarim, Hadramaut turut membawa bersama-sama pelajar DUAM, Zaid yang berumur 9 tahun untuk menyambung pengajian di Yusro selepas kira-kira hampir 2 tahun menimba ilmu di DUAM.
Pemergiannya ke kota barokah itu dipilih sendiri Habib Ali dan disokong penuh Habib Abu Bakar Balfagih dan Ustaz Hasnul Hakim yang memantau keperibadiannya selama berada di DUAM.
Zaid, pelajar yang periang dan berbakat besar dalam berqasidah sering dijemput untuk menyertai iklan radio antaranya iklan Kids Zania. Walaupun berbadan kecil, Zaid begitu aktif bersukan dan sering dipilih untuk tugasan tetap membaca Adzkar.
DUAM mengucapkan selamat maju jaya kepada Zaid. Kami doakan agar dipermudahkan segala urusannya dan hajatnya untuk bergelar ulama diqabulkan Allah SWT. Sungguh, inilah erti pengorbanan demi Allah dan Rasulnya…
Pada pelajar DUAM yang masih kekal, teruskan usaha, tanamkan keazaman yang tinggi.. moga suatu masa nanti Allah pilih untuk kita semua menjejakkan kaki ke Kota Sejuta Wali.. Amin…
Terus doakan kami semua…
#kenaldirikenalilmukenalAllah
#kotasejutawali
#duamkeyusro