Maulid Istimewa Rasulullah SAW di hatiku bersama Habib Ali Abu Bakar bin Salim
|Bismillahirrahmanirrahim… Allahummasolli’alla Muhammad…
Alhamdulillah… Segala puji hanya pada Allah swt yang mengizinkan Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) mengadakan Majlis Maulid Istimewa Rasulullah SAW di Hatiku pada 15 Disember lalu berlangsung dengan sempurna malah tidak keterlaluan dikatakan terlebih sempurna… kerana dihadiri tetamu istimewa yakni guru mulia Al Habib Ali Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim (Pengasas Ma’ahad Al-Yusro, Tarim) yang juga madrasah induk kepada DUAM…
Umpama petikan kata-kata mudir DUAM, Ustaz Hasnul Hakim bin Muhammad Zain iaitu “Bila mana penghayatan meletakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW di HATI setiap hadirin, maka terpancarlah segala sinar kebahagian, kecintaan, kesatuan dan rahmat yang Allah swt pancarkan kepada jiwa yang selalu mengagungkan dan mencintai Rasulullah saw…” sudah cukup menggambarkan betapa bersyukurnya beliau atas kelancaran majlis berkenaan…
Sungguh pun hujan rahmat agak lebat pada petangnya… kami bersyukur dengan keberkatan majlis cinta Rasulullah SAW, Allah memindahkan hujan berkenaan sejam sebelum majlis bermula… Alhamdulillah…
Selepas beberapa siri majlis Maulid yang diadakan di DUAM, edisi kali ini tampak lebih tersusun dan pelajar banin dan banat dilihat lebih bersedia menggalas tugas khidmat… Walaupun masih terdapat beberapa kelemahan di sana sini, tetapi secara keseluruhannya mudir madrasah amat berpuas hati kerana terdapat jurang penambahbaikan yang agak besar berbanding majlis maulid sebelum ini…
Beberapa tetamu dan pengunjung turut gembira dengan perjalanan majlis kali ini.. terima kasih atas pujian semua.. moga jadi asbab kami akan berusaha lebih gigih lagi bagi memperbaiki kekurangan untuk penganjuran akan datang… InsyaAllah…
Akhir sekali, ucapan terima kasih pada semua yang terlibat… tidak ketinggalan kepada Restoran D’warung Al Mustafa (https://www.facebook.com/dwarunglaksautara/) yang menaja jamuan makan majlis maulid ini… sebarang tempahan majlis jamuan boleh hubungi pengurus restoran di talian +60133816656
Doakan kami… Doakan kami…
Moga kalian terus menyokong kami di sini…
Terima kasih Allah… terima kasih semua…
Petikan sebahagian ucapan mudir DUAM di laman Facebook: