Seminar Tarikh Ulama Hadramaut pimpinan Ust Irfan di DUAM

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah swt yang mengizinkan Seminar Tarikh Ulama Hadramaut dan Perkembangan Islam di Nusantara pimpinan YDP Persatuan Pelajar Malaysia/Yaman, Ustaz Irfan Nazhan bin Nasri berjalan dengan lancar di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) pada 24 November lalu.

Seminar yang disusun kepada tiga bahagian itu diselangi sesi soal jawab bersama peserta. Pecahan tajuk yang dibentangkan adalah:

1) Bahagian 1 – Tarim: Sejarah, Majlis Ilmu dan Kisah Masjid-Masjid

2) Bahagian 2 – Perkembangan Islam di Nusantara melalui Dakwah Para Ulama Hadramaut

3) Bahagian 3 – Proses Kemasukan Pelajar ke Madrasah di Hadramaut

Seramai 20 peserta yang mendaftar pada seminar ini tidak termasuk pelajar banin DUAM seramai 30 orang dan banat Annur Azzahir seramai 20 orang.

Rujukan yang digunakan pada seminar ini adalah kitab Tarim & sekitarnya (Kota Ahli Bayt & 1001 Auliya’ karangan Ustaz Irfan yang dijual RM25 senaskah. Sebarang pertanyaan atau berkenaan pembelian kitab hubungi Ustaz Irfan di Facebook “Bahtera Firady”

Seminar ini juga turut mendapat liputan langsung di Facebook DUAM. Video berkenaan boleh ditonton di pautan berikut:

1) Bahagian 1 – Tarim: Sejarah, Majlis Ilmu dan Kisah Masjid-Masjid

2) Bahagian 2 – Perkembangan Islam di Nusantara melalui Dakwah Para Ulama Hadramaut

3) Bahagian 3 – Proses Kemasukan Pelajar ke Madrasah di Hadramaut

4) Bahagian 3 sambungan – Proses Kemasukan Pelajar ke Madrasah di Hadramaut

Jangan Lupa Kongsi, sebagai usaha Dakwah !

Sila berikan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *