Banjir kilat landa Madrasah Annur Azzahir

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 15 November 2018, Madrasah Annur Azzahir (cawangan banat) Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) di No 29, Lorong Gajah 14, Kg Kubu Gajah dilanda banjir kilat bermula jam 7.30 malam ketika pelajar sedang berbuka puasa dan sebahagian lagi sedang menunaikan solat Maghrib.

Kesemua tenaga pengajar/pelajar berjaya dipindahkan ke kawasan selamat iaitu di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa, Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2, Kg Paya Jaras Dalam pada jam 10 malam.

Berikutan air masuk begitu deras, maka tenaga pengajar dan pelajar hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan penting sahaja. Antara barangan yang ditenggelami air sehingga paras lutut dan ada sebahagian tempat sehingga paras peha adalah seperti berikut:
– keperluan dapur (barangan mentah kering/basah)
– keperluan peribadi (beg, kitab, buku, alat tulis, rehal, barangan mandian, pakaian)
– keperluan perabot (rak buku, meja, almari)
– keperluan elektrik (periuk nasi, pengisar, mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa (box luar)
– sebuah kenderaan kancil.

Begitupun ada beberapa barangan yang masih belum dikenalpasti tahap kerosakannya.

Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Sg Pelong pada 16 November 2018.

Link video dan foto kejadian banjir landa Annur Azzahir di Facebook DUAM:
1) https://bit.ly/2TfSiTc – air deras mulai melimpah ke dalam Annur Azzahir.
2) https://bit.ly/2OOQa1c – pelajar jalan kaki ke tempat selamat sebelum dibawa ke DUAM.
3) https://bit.ly/2FqPIqH – tinjau kawasan luar Annur Azzahir yang ditenggelami air.
4) https://bit.ly/2TmpYys – tinjau kawasan dalam Annur Azzahir yang ditenggelami air.
5) https://bit.ly/2Bc5G3W – banjir mulai surut.
6) https://bit.ly/2zZBSWd – pembersihan awal bermula jam 2 pagi 16 November 2018.
7) https://bit.ly/2S25YA1 – pembersihan kedua jam 9 pagi 16 November 2018.
8) https://bit.ly/2qPdmD6 – Gambar sejak awal hari kejadian hingga kerja-kerja pembersihan yang masih berlangsung sehingga hari ini (18 Nov)

Sedikit maklumat berkenaan Madrasah Annur Azzahir:

1) MADRASAH ANNUR AZZAHIR (DUAM) – PEREMPUAN SAHAJA

Jangan Lupa Kongsi, sebagai usaha Dakwah !

Sila berikan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *