Pelajar berselawat hingga gugurnya titisan air mata kerana Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…
Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad

Malam ini pelajar duduk dalam halaqah sambil dipimpin pelajar senior mendengar tausiyah mengenai cinta Rasulullah saw.

Masyaallah.. tiada yang lebih indah apabila melihat gugurnya titisan air mata anak-anak ini ketika berselawat kerana Rasulullah… kerana ibu bapa… kerana keluarga…

Moga selawat dan doa mereka diangkat Allah dan perbuatan mereka dirakamkan sebagai antara bukti cinta dan rindu mereka pada kekasih Allah, yakni Nabi Muhammad saw…

Perjuangan mereka masih jauh lagi, mohon doakan mereka semua termasuk kami para asatizah dan ahli khidmat di DUAM..

Semoga Allah swt menjadikan kita orang-orang yang suka berselawat ke atas Rasulullah saw… Amin..

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”

#kenaldirikenalilmukenalAllah

Yang ingin menyumbang sama ada kewangan atau keperluan boleh hubungi Ustaz Hasnul Hakim (019-2081191) atau deposit ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA:

CIMB BANK – 8600590460

MAYBANK – 5627 4013 7854

Untuk mendaftar sebagai Walid Angkat Al Mustafa boleh klik link ini > http://darululoomalmustafa.com/pendaftaran-walid-angkat/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *