Habib Ali Abu Bakar ziarah Annur Azzahir (banat)
|Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. Al Habib Ali Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim ziarah Madrasah Annur Azzahir (banat) Darul Uloom Al Mustafa sebentar tadi…
Habib menyampaikan tausiyah dan menjawab beberapa persoalan pelajar banat sebelum menunaikan solat Asar berjemaah…
Antara initipati tausiyah adalah berkenaan sabar, yakni sebagai hamba menjadi lumrah akan ditimpa masalah.. hanya di syurga yang abadi kita sebagai hamba terpisah daripada masalah… Selain itu habib menyampaikan amalan-amalan kepada pelajar bagi memudahkan hafalan al-Quran, bangun Qiam..
Berkaitan hafalan al-Quran, habib menyatakan bahawa apabila kita susah untuk mengingati sesuatu surah.. kemungkinan saat itu Allah belum mengizinkan lagi… Mintalah taufik daripada Allah swt.. dan terus berusaha tanpa pernah kenal putus asa…
Moga semua pelajar banin dan banat dipermudahkan urusan menuntut ilmu dan menjadi hamba yang soleh.. amin..
#kenaldirikenalilmukenalAllah