Pondok Darul Tauhid Al Mustafa, Melaka dirasmikan

Alhamdulillah, sekitar majlis perasmian Pondok Darul Tauhid Al Mustafa (PDTM) pada 20 September 2018. MasyaAllah, ucapan aluan-aluan dari Sheikh Hasnul Hakim B Muhammad Zain (Mudir Darul Uloom AlMustafa, Penasihat Pondok Darul Tauhid AlMustafa seterusnya ucapan dan perasmian oleh Dato Abd Karim (pewakaf tanah pondok).

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran orang kampung sekitar dan ahli kariah masjid berdekatan sekaligus membantu menyerikan lagi malam perasmian PDTM. Ampun dan maaf kepada guru-guru, masyaikh, dan sahabat-sahabat semua yang tidak sempat dijemput untuk bersama-sama hadir ke majlis ini.

Mohon doakan agar Pondok Darul Tauhid Al Mustafa (PDTM) terus berkembang pesat sebagai satu institusi dakwah kepada seluruh umat Islam. InsyaAllah.

Sebarang maklumat dan pertanyaan serta sumbangan boleh hubungi Ustaz Syazwan (011-3628 3038).

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *