Tawaran pengambilan baru pelajar Pondok Darul Tauhid Al Mustafa
|Pondok Darul Tauhid Al Mustafa adalah sebuah pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dan al-Quran di bawah Sahabat Mukmin Malaysia (SMM). Pondok ini beroperasi di alamat Jalan Perling, Melekek, 78000 Alor Gajah, Melaka. (GPS: 2.426198, 102.187116)
Pondok ini dipimpin Baba Mohammad Al Fathoni (Pengajian kitab Islam) dan dibantu oleh Ustaz Mohamad Syazwan bin Yatim (Pengajian al-Quran/Tahfiz) yang juga adalah Imam bertugas di Masjid Annur Alam, Tg Dahan, Kuala Sungai Baru manakala Ustaz Hasnul Hakim bin Mohammad Zain sebagai penasihat.
Antara pusat pengajian lain di bawah SMM yang sudah beroperasi adalah Darul Uloom Al Mustafa, Sg Buloh. Selain daripada itu terdapat dua lagi pusat pengajian yang bakal dibangunkan iaitu di Kuala Selangor (Pondok Rubiah Al Mustafa) dan di Kelantan.
Insyaallah… Majlis pembukaan rasmi pada 10 Muharram (20 September 2018)
Penduduk kampung serta sekitarnya dijemput
Tawaran pengambilan baru pelajar Pondok Darul Tauhid Al Mustafa
Syarat kemasukan pelajar:
– Terbuka kepada warga Malaysia (Lelaki sahaja)
– Pengajian kitab Islam berumur 13 hingga 30 tahun
– Pengajian al-Quran/Tahfiz berumur 10 hingga 21 tahun
– Mampu membaca Al-Quran dengan baik dan lancar.
– Mempunyai minat yang mendalam dalam pengajian Kitab dan Al-Quran.
– Memiliki akhlak dan keperibadian yang baik.
– Tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.
– Disahkan tidak mempunyai penyakit kronik.
– Pemohon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.
– Lulus Temuduga dan diperakukannya
Matlamat Pengajian:
1. Program Pengajian yang menggabungkan 2 teras disiplin ilmu iaitu:
– Pengajian kitab Islam
– Pengajian al-Quran/Tahfiz
2. Bermatlamat melahirkan ilmuan yang pakar dalam pelbagai cabang dan disiplin ilmu Islam serta melahirkan individu bersifat Ulul-Albab dan juga sebagai pakar rujuk bagi masyarakat.
Keistimewaan:
– Tiada yuran dikenakan (Program Walid Angkat sebagai infaq tetap)
– Penyediaan Makan, Minum dan Asrama
– Penyediaan Kitab-kitab dan buku rujukan.
– Suasana pembelajaran yang kondusif
– Tenaga pengajar tempatan dan Antarabangsa (Fathoni)
– Pengajian di bawah seliaan dan pengawasan sepenuhnya oleh Ustaz Hasnul Hakim bin Mohammad Zain (Penasihat SMM)
Sebarang maklumat dan pertanyaan hubungi Ustaz Syazwan – 601136283038