Pondok Darul Tauhid Al Mustafa bakal dibuka di Melekek, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim

Allah aturkan tanpa dirancang… Pelajar Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) bersama ustaz dan ahli khidmat menziarahi Pondok Darul Tauhid Al Mustafa, Melekek, Alor Gajah, Melaka sambil bergotong-royong membuat persiapan terakhir sebelum majlis pembukaan rasmi pada 10 Muharram ini… Insyaallah…

Pada sesi malam, pelajar turut berkesempatan mengadakan majlis maulid mingguan dan mendengar tausiyah dan kata-kata nasihat para asatizah…

Pada majlis itu juga, Ustaz Hasnul Hakim memperkenalkan mudir pondok ini, iaitu Baba Mohammad Alfathoni dibantu sama Ustaz Shazwan yang juga imam Masjid Annur Alam, Tg Dahan, Kuala Sungai Baru….

Pondok ini memfokuskan pengajian kitab dan Al-Quran.. Insyaallah jika semuanya lancar, tarikh pengambilan pelajar baru pondok ini akan dimaklumkan secepat mungkin…

Doakan kami…

#Makantengaharitangkapayamsembelihdanlapahmasaksendiri

Bagi yang ingin menyumbang sama ada kewangan atau keperluan boleh hubungi Ustaz Hasnul Hakim (019-2081191) atau deposit ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA:

CIMB BANK – 8600590460

MAYBANK – 5627 4013 7854

Untuk mendaftar sebagai Walid Angkat Al Mustafa boleh klik link ini > http://darululoomalmustafa.com/pendaftaran-walid-angkat/

#kenaldirikenalilmukenalAllah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *