Persembahan Qasidah Ya Hanana versi hari raya oleh pelajar DUAM

Bismillahirrahmanirrahim

Suasana pada majlis Maulid Mingguan Madrasah Darul Uloom Al Mustafa yang dipimpin Ustaz Hasnul Hakim, Habib Abu Bakar Balfagih, Ustaz Sobirin serta dihadiri ibu bapa pelajar, Khamis lalu.

Pelajar nampak lebih bersemangat dan bekerjasama pada Maulid Mingguan kali ini.. Mereka tampak lebih bersedia..

Alhamdulillah.. berkat guru-guru, mereka kini lebih matang menguruskan perihal pembelajaran dan khidmat madrasah seiring menyusun masa bagi latihan berqasidah…

Walaupun mungkin terlalu awal untuk dinilai… Tetapi melalui perbandingan tahun ke tahun, guru-guru amat berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar dari segi akademik, khidmat dan akhlak..

Harapan guru-guru agar pelajar terus mengamalkan ilmu yg diperoleh ketika bercuti di rumah sambil dipantau ibu bapa.. Seperti kata Ustaz Sobirin, cuti bagi sekolah pondok bukanlah bersenang lenang tetapi masa untuk praktik ilmu dan amalkan… Masa cutilah untuk kita khidmat ibu bapa pula…

Pesanan Ustaz Hasnul Hakim kepada pelajar bercuti supaya tidak tinggal bacaan adzkar dan teruskan hafalan kalimah bahasa Arab…

Pada penutup majlis, pelajar membuat kejutan dengan Qasidah Ya Hanana versi lagu raya yang membuatkan majlis lebih istimewa… Tambahan sebagai hadiah buat rakan pelajar, Zaid yang akan menyambung pengajian di Ribat Yusra, Tareem, Hadramout di bawah pimpinan Habib Ali Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar bin Salim…

Sempena Aidiladha pada 22 Ogos ini, pihak madrasah mengucapkan selamat hari raya kepada semua, berhati-hati di jalan raya dan memohon kemaafan atas ketidak sempurnaan kami dalam mendidik dan mengurus pelajar..

Moga Allah hadirkan insan-insan yang sudi membantu madrasah demi kelangsungan ilmu, khidmat dan akhlak..

Bagi yang ingin menyumbang sama ada kewangan atau keperluan boleh hubungi Ustaz Hasnul Hakim (019-2081191) atau deposit ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA:

CIMB BANK – 8600590460

MAYBANK – 5627 4013 7854

Untuk mendaftar sebagai Walid Angkat Al Mustafa boleh klik link ini >
http://darululoomalmustafa.com/pendaftaran-walid-angkat/

#kenaldirikenalilmukenalAllah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *