Program Rehlah dua hari satu malam di Che Li Chalet, Kemensah
|Alhamdulillah.. pelajar banin Madrasah Darul Uloom Al Mustafa dan pelajar banat Madrasah Annur Azzahir (DUAM) bersama para asatizah dan ahli khidmat diizinkan Allah menyertai Program Rehlah dua hari satu malam di Che Li Chalet, Kemensah.
Program ini bermatlamat memberi peluang kepada pelajar mengalami suasana berbeza tertib madrasah di persekitaran flora dan fauna.
Selain tertib adzkar harian, solat berjemaah, qasidah dan maulid, semua pelajar juga diminta memberikan tausiyah bagi melihat kebolehan dakwah mereka. Berikutan kejadian gerhana bulan pada malam itu pelajar berpeluang mengerjakan solat sunat gerhana dipimpin Habib Abu Bakar Balfaqih.
Riadah siang pula diisi dengan halaqah ‘sparring’ yakni dua pelajar dipilih untuk bertarung mengikut cara masing-masing sambil dipantau asatizah.
Aktiviti mandi sungai serta sukan polo air pula menjadi aktiviti yang ditunggu-tungu pelajar banin.
Di tempat lain yang berasingan, pelajar banat pula gembira dengan aktiviti sukaneka mereka.
Melalui program rehlah ini, kepimpinan dan kerjasama antara pelajar amat terserlah malahan mereka dilihat amat bertanggungjawab dengan tugas dan amanah yang diberikan.
Moga dengan akhlak, khidmat dan semangat pelajar dalam menuntut ilmu yang ditunjukkan, program seperti ini dapat dijalankan lagi… Amin.
Bagi yang ingin menyumbang sama ada kewangan atau keperluan boleh hubungi Ustaz Hasnul Hakim (019-2081191) atau deposit ke akaun DARUL ULOOM AL MUSTAFA:
CIMB BANK – 8600590460
MAYBANK – 5627 4013 7854
Kenal diri, kenal ilmu, kenal Allah