Daurah 40 hari (0.2) tarik minat pelbagai lapisan usia
|SYUKUR Alhamdulillah pada 23 Ramadan 1439 bersamaan 8 Jun 2018 Program Pengajian Daurah 40 hari (0.2) Syaaban/Ramadan 2018 bersama Ulama’ Yaman di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa tamat dengan jayanya.
Program ini berjaya menarik seramai 57 peserta daripada pelbagai lapisan usia berumur 16 tahun hingga 64 tahun lelaki/wanita.
Pada edisi kedua kali ini, kalangan peserta adalah dari negeri Sabah, Melaka, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Johor manakala majoriti peserta adalah wanita.
Daurah yang padat dengan program majlis ilmu, qiyamulail, bacaan azkar, solat berjemaah, solat terawih, tadarus al-quran dan sebagainya ini dipimpin oleh barisan alim ulama terkemuka dari Malaysia dan Hadramawt, Yaman yakni Habib Abdullah bin Abdul Qader al Habsyi, Habib Abu Bakar bin Hassan Balfagih, Syeikh Majid bin Abdullah Ibnu Hamid, Al Fadhil Ustaz Hj Hasnul Hakim bin Muhammad Zain dan Ustaz Sobirin al Yamani.
Antara kitab-kitab yang digunakan sepanjang Daurah berlangsung adalah kitab AlKubro Alyakiniah (Aqidah), Nailul Roja’ (Fikh), Risalatul Mu’awanah (Tasawuf), Assyamail AlMuhammadiah (Sirah) dan Akidatul Awam.
由 Darul Uloom Al Mustafa 发布于 2018年6月8日周五
Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama penuh yang diberikan dan sikap bantu-membantu sesama peserta dan pihak penganjur yang dipamerkan.
Atas sambutan yang diberikan tahun ini, moga dengan izin Allah program pengajian ini dapat diteruskan dan diperbaiki lagi pada masa hadapan.
Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan.