Daurah 40 hari (0.2) Syaaban/Ramadhan 2018 telah kembali!
|
Alhamdulillah, Madrasah Darul Uloom al Mustafa dengan kerjasama Sahabat Mukmin Malaysia sekali lagi membawakan kepada semua muslimin dan muslimat Daurah 40 hari bersanad pada bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Daurah yang padat dengan program majlis ilmu, qiyamulail, bacaan azkar, solat berjemaah, solat terawih, tadarus al-quran dan sebagainya ini akan dipimpin oleh barisan alim ulama terkemuka dari Malaysia dan Hadramawt, Yaman :
1. Habib Abdullah bin Abdul Qader al Habsyi
2. Habib Abu Bakar bin Hassan Balfagih
3. Habib Muhammad bin Ahmed Al Jufri
4. Al Fadhil Ustaz Hj Hasnul Hakim bin Muhammad Zain
5. Ustaz Sobirin al Yamani
Mari kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk duduk bersama-sama mereka dan mengkhatamkan beberapa buah kitab seperti:
PENGAJIAN KITAB :
1) Risalatul Mu’awanah (Tasawuf)
2) Nailul Roja’ (Fikh)
3) Kubro Alyakiniyah (Aqidah)
4) Ahkamu Tajwid
5) Fikh & Tasawuf Wanita
6) Nurul Iman (Hadis)
7) Tafsir Juz Amma
8) Syamail Muhammadiah (Sirah)
Tarikh Daurah: 30 April – 8 Jun 2018
Syarat-syarat penyertaan :
1. Peserta hendaklah berumur 13 tahun ke atas, terhad kepada 200 orang sahaja.
2. Peserta yang telah berdaftar akan dimasukkan ke dalam group Whatsapp khas.
3. Kedatangan peserta adalah pada waktu yang ditetapkan.
4. Penginapan akan disediakan (40 orang bagi muslimin dan 40 orang bagi muslimat)
Yuran penyertaan Daurah adalah seperti berikut:
RM300 (sepenuh masa) – termasuk kitab, kediaman dan makan minum
RM200 (separuh masa) – termasuk kitab dan makan minum
Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi:
En. Asraf (016-3611740)
Pn. Liana (012-2472426)
*Semua peserta perlu membuat bayaran penyertaan sesi Daurah 40 Hari 2018 ini ke akaun bank berikut:
Liana Rosli – 1642 9400 5434 (Maybank)
Tempah tempat anda sekarang! tempat adalah terhad. Tarikh tutup pendaftaran selewat-lewatnya 30 April 2018