KEMPEN INFAQ RM10 – BANTUAN DANA SEGERA 1 JUTA

KEMPEN INFAQ RM10 UNTUK PEMBELIAN TANAH MADRASAH DARUL ULOOM AL MUSTAFA, SG BULOH

Assalamualaikum,

Teman-teman dan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Kami ingin mengumpulkan 100 ribu orang individu yang sudi berkongsi usaha membangunkan sebuah institusi ilmu dengan menjadi penyumbang sebanyak RM10.00 SAHAJA bagi pembelian tanah Madrasah Darul Uloom al Mustafa.

Madrasah Darul Uloom Al Mustafa adalah merupakan sebuah pusat tahfiz dan pengajian kitab-kitab thurat yang mempunyai 40 pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan.
Ia beroperasi di Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor.

Pusat pengajian ini beroperasi di sebuah rumah banglo di atas tanah berharga RM1.2 juta seluas 0.4 hektar/35000 kaki persegi. Hasrat untuk membeli tanah tersebut sedikit tertangguh apabila Allah lebih menyayangi hambaNya yang telah hadir dan menginfaqkan deposit sebanyak RM170 ribu. Deposit tersebut telah berjaya diserahkan kepada pemilik tanah melalui Firma guaman pada Oktober 2017 yang lalu.

Oleh itu, demi pembangunan madrasah ini, kempen mengumpul #100ribu orang penyumbang dan #infaqrm10 dilancarkan bagi mencapai jumlah angka sasaran yang diperlukan untuk pembelian tanah tersebut pada bulan April 2018.

Bantu kami untuk jayakan kempen ini dengan menyumbang sekurang2nya RM10 seorang ke dalam akaun yang tertera di bawah. Semoga dengan pembelian tanah madrasah ini, Allah kurniakan ganjaran pahala yang besar atas infaq dan kebaikan yang anda lakukan.

Infaq RM10 anda boleh disalurkan/bank in ke akaun berikut:

DARUL ULOOM AL MUSTAFA
MAYBANK
562740137854

DARUL ULOOM AL MUSTAFA
CIMB BANK
8600590460

DARUL ULOOM AL MUSTAFA
BANK ISLAM
12289010018174

Semoga amal jariah ini berpanjangan manfaatnya buat semua para penyumbang.

Kami mewakili warga madrasah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan anda.

Syukran jazakallahu khairan khathira.

JOM INFAQ RM10 SEORANG!

Untuk Pertanyaan : 0192081191 / 0163611740

#infaqrm10
#100ribupenyumbang
#madrasahdarululoomalmustafa

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *