Pengajian Kitab Thurat
|BERMULA November 2017, pengajian kitab thurat “Risalah Misbahul Munir” karangan Syeikh al-Allamah Baba Abdul Aziz bin Ismail al-Fathoni bersama Ustaz Muhammad Sobirin bin Rosli (Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Seligi, Kelantan) telah diadakan di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) pada setiap hari Ahad selepas Maghrib. Pengajian kitab yang membahaskan isu-isu berkaitan usuluddin ini adalah percuma dan terbuka kepada semua golongan masyarakat.