Pengajian & Majlis Muslimat DUAM
|Bismillahirrahmanirrahim…
BERMULA November tahun lalu (2017), Muslimat Madrasah Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) di bawah pimpinan Ustazah Fadhilah Fakhrurrazy telah mengadakan kelas pengajian dan majlis KHAS untuk pelajar banat dan para tetamu muslimat pada setiap Selasa, Sabtu dan Ahad (bulanan) bertempat di madrasah kami yang beralamat seperti rajah di atas.
Kelas pengajian dan majlis khas ini insyaallah dijalankan secara tetap setiap minggu/bulan. Semua muslimat dijemput hadir.
Poster kelas pengajian/majlis akan disebarkan di laman sosial Facebook Darul Uloom Al Mustafa.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 016 281 9126
- Selasa (selepas Asar) – Majlis Hadrah Basaudan: Hadrah Basaudan ini adalah merupakan kumpulan zikir, munajat, ibtihal, qasidah dan tawassul yang disusun oleh Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad BaSaudan.
- Sabtu (selepas Asar) – Pengajian Fikh Muslimat: Menggunakan rujukan kitab Nailu Roja’ (syarah Safinatun Najah)
- Ahad (bulanan) (bermula 1 petang) – Majlis Khatam al-Quran Muslimat: Peserta-pesertanya adalah terdiri daripada ummi angkat DUAM, ahli khidmat dan pelajar muslimat DUAM sendiri. Setiap peserta dikehendaki untuk membaca satu juzuk al-Quran. Usai selesai 30 juzuk tersebut, satu majlis khatam al-Quran pimpinan Ustazah Fadhilah Fakhrurrazy akan diadakan. Ia diadakan pada setiap bulan. Pada 24 Disember lalu (2017), Ustazah Zaynab al Khatib yang merupakan mantan mudirah Darul Zahra, Tarim sekitar tahun 2000 turut hadir ke majlis ini. Antara pengisian majlis ini ialah bacaan doa khatam quran Imam Ali Zainal Abidin, doa Birrul Walidain dan Selawat Nariyah.