Syed Ahmad Al Maliki Al Hasani ziarah DUAM

TONTON paparan video ketika Abuya Syed Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki Al Hasani ziarah Madrasah Darul Uloom Al Mustafa dan hadir ke majlis di kediaman Habib Abdullah bin Abd Qader Al Habsyie.

Audio: Yusuf Islam – Tala Al Badru Alayna

“Alhamdulillah…. Dengan izin Allah swt, Abuya Syed Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki Al Hasani dari Makkah Al Mukarramah sempat ziarah kami di DUAM sekitar jam 2.30 hingga 4.00 petang pada 18 Julai lalu.

MasyaAllah Abuya sempat mendengar qasidah dari pelajar dan asatizah kami seterusnya Abuya memberi sedikit tausiah ringkas dan disusuli tausiah juga oleh Habib Soleh Alaydrus (murid kanan almarhum Abuya Syed Muhammad Al Maliki).

Seterusnya Abuya solat zohor bersama kami dan tahlil ringkas utk almarhum Baba Abd Aziz Alfatoni (murid Abuya Syed Muhammad dan datuknya Syed Alawi Al Maliki). Alhamdulillah, mereka adalah antara ulama besar ahli sunnah wal jamaah dari mazhab Maliki dan dari susur galur keturunan Rasulullah saw.

Moga-moga dengan barokah kehadiran ulama dan keturunannya, Allah swt selalu memandang kami dengan pandangan rahmah dan kabulkan hajat kami dengan sempurna untuk sedikit usaha akhirat kami.  Allahu, kami sudah hilang segala harta dan kesenangan dunia. Hanya tinggal sedikit harapan atas segala jariah yang kami usahakan. Untuk akhirat kami…. InsyaAllah doakan kami…  Semoga allah terus ikat kami dengan kecintaan kepada Allah swt dan Rasul saw serta agamaNya hingga ke akhirat.” – Mudir DUAM (Ustaz Hasnul Hakim)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *