Sumbangan Naik Taraf Bangunan

posterdanarm50ribu

MADRASAH Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) adalah merupakan sebuah Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (menggunakan kitab pondok). Ia beroperasi di Lot 3266, Jalan Tempayan Emas 2, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor.

Sumbangan dana diperlukan bagi menaik taraf bangunan asrama di tingkat dua madrasah agar kegiatan keagamaan dan kerohanian termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan.

Ruang ini dibina bagi menempatkan pelajar-pelajar yang lengkap dengan keperluan asas asrama seperti almari, katil, kipas, meja belajar dan sebagainya.

Kos ruang tambahan dan peralatan ini dianggarkan berjumlah RM50,000.00. Sumbangan dana tersebut bolehlah dimasukkan ke akaun, Maybank: 562740137854 atau CIMB: 8600590460 atas nama DARUL ULOOM ALMUSTAFA.

Apa jua bantuan yang diberikan untuk DUAM khususnya peruntukan bagi membiayai kos pentadbiran, pengurusan dan pembangunan DUAM amatlah dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

*Maklumat lanjut, hubungi Ustaz Hasnul Hakim di talian 019-208 1191.

Jangan Lupa Kongsi, sebagai usaha Dakwah !

Sila berikan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *