Daurah Ramadan 40 hari bersama Ulama Yaman
|SUNGAI BULOH: Pada cuti pengajian pelajar sempena Ramadan baru-baru ini, dengan izin Allah dan restu Al Habib Umar bin Hafidz, DUAM julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan Daurah Ramadan 40 hari bersama Ulama Yaman selama 40 hari bermula 15 Mei 2017 hingga 17 Jun 2017.
Daurah ini menampilkan ulama-ulama masyhur yang didatangkan khas dari bumi Yaman seperti Habib Abu Bakar Balfageh, Habib Abdullah Al Habsyee dan Habib Muhammad Al Jufri.
Program ini telah dihadiri seramai 40 peserta termasuk pelajar universiti, pondok dan individu persendirian berusia 20 ke 50 an. Pengisian program ini padat dengan aktiviti dan rutin kerohanian yang mengadaptasi tertib yang digunapakai di Darul Mustafa, Tarim.
Daurah 40 hari ini juga bakal dijadikan program tahunan madrasah memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Paparan video solat tarawih dan Khatam Daurah pada 17 Jun lalu.