MAULID AKBAR DUAM

MADRASAH Darul Uloom Al Mustafa pada 19 Januari lalu berjaya menganjurkan Program Maulid Akbar bersama:

1. Habib Ali Abu Bakar bin Sheikh Abu Bakar Bin Salim (Ahli Majlis Fatwa Darul Mustafa, Tarim)
2. Al Fadhil Sheikh Hj Syaari Bin Hussain (Mursyid Ahmadiah Idrissiah Kota Bharu)
3. Habib Mahdi bin Abu Bakar Al Hamid (Pemimpin NAWA)
4. Syeikh Majid Al Humaid
5. Ustaz Hj Hasnul Hakim Bin Hj Muhammad Zain (Mudir Darul Uloom Al Mustafa)

Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam itu dihadiri hampir 80 tetamu termasuk pelajar, guru, ahli walid angkat dan penduduk tempatan.

Majlis yang dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan qasidah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W berakhir dengan ucapan tausiah oleh para habaib dan mashaeikh yang mengupas amalan hidupkan sunnah dan menyebarkan mahabbah.


“Barangsiapa yang berkumpul dengan orang yang soleh lagi mulia, maka akan dimuliakan oleh ALLAH SWT. Dan sebaliknya berlaku bila berkumpul bersama mereka yang engkar kepada ALLAH SWT.”

#maulidakbar
#jomselawat
#darululoomalmustafa

Jangan Lupa Kongsi, sebagai usaha Dakwah !

Sila berikan komen anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *